Monday, April 4, 2011

KHAS UNTUKMU AKAK NIA ♥


Dalam kesamaran yang aku tempuhi,
Aku temui cahaya pemberian Ilahi,
Ianya sungguh memukau hati,
Tersentuh hati dikala ini,
Kurenung diriku lagi,
Sungguh berbezanya aku,
dengan kurniaanMU, ya Rabbi.

Terpana aku merenung nasib diri,
Namun ku bersyukur ku temui insani,
Bicara katanya sehalus budi,
Senyumannya menjadi penyejuk hati,
Telatah dia membuat ku tersenyum sendiri,
Kerana dia ku temui semangat diri,
Buatmu insan yang aku sayangi,
Betapa sungguh aku hargai,
Pertalian hati yang terbina ini,
Semoga Allah SWT merahmati,
Semoga ikatan ini kekal abadi,
Demi sebuah silaturrahim yang suci ini,
Aku berjanji,
Kan ku jaga seperti menjaga akhlak diri,
Kerana dirimu sungguh bererti,
Kerana mu jua aku temui,
Perasaan yang istimewa ini,
Buatmu kakak
Terima kasih atas kehadiranmu ini...